Selasa, 18 Ogos 2009



UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA (UKMR) peringkat daerah yang melibatkan anggota RELA dan kakitangan pejabat RELA Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Selasa, 11 Ogos 2009

Kursus Pengenalan Rela Daerah Seremban Siri 4/2009

Kursus Pengenalan Rela Siri 4/2009 anjuran Pejabat Rela Daerah Seremban akan diadakan di :-

Lokasi : SK Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan
Masa & Tarikh : 16 Ogos 2009, Jam 0800

Semua warga Seremban, Negeri Sembilan yang belum mengikuti kursus pengenalan ini dan berminat untuk menyertai pasukan RELA dijemput hadir untuk mengikuti kursus pengenalan ini.

Pengenalan

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.